5:31 PM

PKR melompat MCA bertelagah

Apa sudah jadi kepada ahli parlimen PKR..ada pertandingan melompat parti kah?..PKR baru nak bangkit dalam arena politik Malaysia terduduk kembali akibat perlakuan beberapa ahli parlimenya melompat parti dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah. Sekiranya ahli parlimenya tidak berpuashati dengan kepimpinan kenapa tidak gunakan saluran yang betul..berbincang dengan presiden parti atau AGM tergempar dan lain-lain.. 'Parti adalah diibaratakan seperti anak- beranak pasti ada pertelingkahan yang berlaku..dan penyelesaianya juga melibatkan ibubapa dan anak-anaknya bukan diselesaikan oleh jiran-jiran, nanti menjadi bahan ketawa oleh orang lain" begitu juga dengan PKR. Buat ahli parlimen PKR atau mana-mana parti pun, perbuatan melompat parti adalah satu perbuatan yang tidak bermaruah kerana mensia-siakan amanah yang diberikan oleh pengundinya. Sekiranya memang betul adanya perasaan tidak puas hati, letak jawatan dan kosongkan parlimen atau DUN anda tandingi dan bertanding atas calon BEBAS atau mana-mana parti. Kita tengok sejauhmana anda popular atau berpengaruh.. kalaupun kalah pastinya anda akan dihormati sebagai orang berprinsip, dan bukan berasaskan wang dan kepentingan peribadi tetapi perjuangan demi prinsip..Buat"YB zul" buatlah seperti yang saya cadangkan kerana dalam minggu ini beliau begitu lantang menyuarakan prinsip beliau sehinggakan menjadi fokus beberapa suratkhabar.
Jika difikirkan nasib ahli parlimen yang melompat pada pilihanraya akan datang , pastinya gelap- gelita. Walaupun mereka menyertai UMNO sudah pasti mereka diambil kira sebagai ahli baru dan tidak akan terus dicalonkan , sudah pasti ketua bahagian tidak akan memberikan ruang kepada muka baru ni. mereka pun mahu juga dicalonkan. Keduanya, UMNO tidak akan mencalonkan mereka ini, kerana berdasarkan faktor sejarah hitam mereka melompat parti, sudah tentu penyokong yang marah dengan perbuatan ahli parlimen ini tidak akan mengundi bahkan penyokong UMNO sendiri kerana tidak mustahil mereka akan melompat parti lagi sekiranya PKR menang besar pada pilihanraya nanti. Ingatlah wahai yang berberhormat samada PKR dan BN undi penyokong tu amanah jangan sia-siakanya dengan melompat parti pasti Allah akan membalas sesuatu perbuatan yang tidak diredai oleh pemberi amanah. Buat PKR kekhilafan memilih bakal pemimpin adalah sebagai pengajaran yang harus diterima dengan tangan terbuka jangan asyik menuding jari kepada UMNO kononya di beli oleh UMNO, itu bukan persoalan, sekiranya jati diri dan rasa tanggunggungjawab ahli parlimen PKR kuat dan setia pada parti, pendirianya tidak akan goyah..lain kali semasa pemilihan bakal yang berhormat pada pilihraya akan datang tapisan yang ketat harus dibuat..dan janganlah gajah didepan mata tidak nampak nyamuk di seberang lautan pula yang nampak....lihatlah orang bawahan yang berjuang dari mula..janganlah cepat ambil yang bidang terjun kerana kononya berpengaruh...harap difahami sindiran ni buat pemimpin PKR.
PKR mengalami krisis lompat parti..terdetik dihati saya BN akan mengukuhkan kedudukannya. Tapi malangnya MCA pula buat hal, apa sudah jadi..baru BN nampak nak jadi kuat kerana diberi kepercayaan oleh ahli PKR yang melompat. MCA terumbang-ambing pula.....krisis ini adalah satu markah Bonus buat PKR untuk memulihkan keadaan dan BN pula yang akan menjadi tumpuan hangat di suratkhabar dan blog...Perdana menteri harus menyelesaikan secepat mungkin krisis ini demi menyelamatkan imej BN sebelum pilihanraya yang akan datang, kerana besar impaknya sekiranya krisis ini berlarutan yang akan menjejaskan kebolehpercayaan pengundi terhadap Barisan Nasional.

9:51 PM

KEGAGALAN PA'AMIN MEMPERJUANGKAN 2:1:1

Jika Pa'amin benar-benar telus memperjuangkan pembahagian kawasan pilihanraya (3 DUN KOTA BELUD dan satu diperuntukan kepada masyarakat iranun di kenali sebagai DUN Pesisir pantai yang meliputi kawasan kg rampayan ulu, rampayan laut(kayu putih, tapokan, kilapi) Kg Tamau, Pantai Emas, Kotabungan, Tawadakan, Peladok) kenapa sampai sekarang ia tidak menjadi realiti.? Pa'amin mencanangkan kepada orang iranun yang 1 Dun Kota Belud iaitu Dun Pesisir menjadi mercu tanda kepada masyarakat iranun dan akan mempunyai DUN sendiri yang pada ketika itu masyarakat iranun menjadi penyokong kuat BN dan sudah pasti DUN ini akan sentiasa di menangi oleh BN(Ertinya DUN Tempasuk atau DUN Usukan diantara mana-mana dua ini akan dilupuskan selepas persempadanan semula untuk DUN Pesisir). Antara alasan kenapa diwujudkan DUN ini adalah kerana 2 DUN sedia ada dimonopoli oleh wakil rakyat dari suku bajau( Tempasuk dan Usukan) dan satu DUN untuk Dusun( Kadamaian) manakala 1 parlimen juga diwakili oleh Bajau (untuk lebih detail 3 kerusi 2 DUN 1 Parlimen untuk mewakili suku bajau dan 1 kerusi DUN dusun dan iranun tiada)dengan ini politik masyarakat iranun hanya sebagai pelengkap atau boleh diistilahkan sebagai' melukut tepi gantang'. Saya sangat bersetuju dengan cadangan ini sejak dahulu dan ingin melihat ia menjadi realiti tapi sayangnya sampai sekarang hanya mimpi. Faktor kewujudan idea ini adalah berdasarkan kebimbangan pucuk pimpinan melihat gelombang reformasi Anwar Ibrahim ketika zaman Tun Mahathir kepada orang-orang iranun yang condong kepada reformasi, maka benda ini diwar-warkan untu memenangi hati orang iranun kembali menyokong BN ,ternyata propaganda ini berjaya.. masyarakat iranun tertunggu-tunggu hingga kini tapi sayangnya dilupakan begitu saja oleh pucuk pimpinan BN termasuk Pa'amin mula kendur memperjuangan perkara ini.
Sebagai tanda protes masyarakat iranun kepada kegagalan Pa'amin memperjuangkannya .Masyarakat iranun mula bersuara pada PR12 dimana kebanyakan kawasan iranun BN kalah dan dan jikalau menang pun dengan majoriti tipis. Itu adalah sebagai tanda amaran kepada Pa'amin untuk mendesak pucuk pimpinan menilai semula cadangan ini. Jikalau Pa'amin takut karier politik beliau akan berkubur akibat tekanan daripada parti beliau anuti sekarang, beliau boleh menjadi Hang Jebat yang menderhaka, dan masyarakat iranun akan sentiasa berdiri dibelakang beliau. Dan beliau akan di sanjung sebagai warlord iranun yang terakhir dan nama beliau sentiasa harum dari generasi ke satu generasi atas keberanian beliau berjuang demi kepentingan masayarakat iranun walaupun mungkin beliau menjadi papa kedana akibat sentiasa diburu oleh SPRM kerana berpaling tadah. Tapi masyarakat iranun tidak akan melupakan jasa dan keberanian beliau, bah kata pepatah Harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama. Teringat lagi saya kata-kata hikmah arwah Datu Bandira Datu Alang " saya keluar UMNO ibaratkan saya meninggalkan kekayaan yang berjuta dan kuasa tanpa sempadan, dengan masuk PAS maka saya menjerumuskan diri kepada musibah yang dicipta oleh seterunya" dan beliau juga menyatakan " saya pernah menjadi fobia mendengar bunyi telefon yang saya sangkakan dari SPRM, saya pun tidak tahu kenapa SPRM suka menyiasat saya sedangkan saya tidak tahu apa kesalahan saya dan akhirnya saya menjadi lali dengan keadaan ini, sehinggakan pegawai yang memanggil saya mengatakan ini adalah sebagai memenuhi tugasnya spt yang diarahkan.. dan beliau menyatakan beliau tahu siapa dalangnya..tak perlulah saya nyatakan disini.. perjuangan beliau tetap menjadi ingatan kepada suku iranun hingga kini..al fatihah kepada beliau. beranikah TSP spt arwah Datu Bandira Datu Alang ????????

7:01 AM

TUGAS-TUGAS PA"AMIN

Yang di-Pertua Dewan Rakyat boleh dipilih dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat ataupun bukan dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat tetapi mempunyai kelayakan untuk dipilih menjadi Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Walau bagaimanapun, Timbalan Yang di-Pertua mestilah juga seorang ahli Parlimen (MP).

Fungsi-fungsi Yang di-Pertua ialah:-

  • bertanggung jawab mengawasi perjalanan mesyuarat supaya berjalan dengan licin
  • memastikan perbahasan ada berkaitan dengan perkara yang dibahaskan
  • membuat keputusan mengenai Peraturan-peraturan Mesyuarat sekiranya berlaku perbalahan
  • mengesahkan bil-bil perbelanjaan/kewangan sebelum bil-bil tersebut dibawa ke dalam Dewan Rakyat
Yang di-Pertua Dewan Rakyat hendaklah meletak jawatan setelah menulis surat menyatakan sedemikian kepada Setiausaha Dewan Rakyat, dan hendaklah mengosongkan jawatan tersebut sekiranya:-
  • Dewan Rakyat mula bersidang selepas pilihan raya
  • berhenti menjadi ahli Dewan Rakyat jika beliau ahli Dewan yang dipilih
  • beliau menjadi calon pilihan raya ke Dewan Rakyat atau jika hilang kelayakan menurut undang-undang

Bila Yang di-Pertua tidak hadir, Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan persidangan.

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mestilah meletak jawatan sebagai ADUN sekiranya beliau ingin menjawat jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat sekarang ialah YB TAN SRI DATUK SERI UTAMA PANDIKAR AMIN BIN HAJI MULIA (tempoh 28 April 2008 hingga kini).


Di sini saya senaraikan tugas yang dipertua dewan rakyat sebagai menjawab kiritikan terhadap saya yang mengatakan bahawa saya tidak tahu apa-apa tentang tugas yang di pertua dewan rakyat. Sekali lagi saya tegaskan memang tugas sebagai yang dipertua bukanya senang seperti yang di sangka apatah lagi ketua pembangkang Anwar Ibrahim , karpal, lim kit siang bukan calang-calang orang pa' amin pun naik pening mengurus 3 orang ini. Kemungkinan Pa' amin akan lari daripada jawatan ini adalah besar berpandukan teori yang saya berikan sebelum ini. Sasaran TYT oleh pa'amin adalah peluang terbesar beliau berbanding KM kerana KM sedang diintai oleh Shafie atau PROKSInya dan Datuk Hajiji Haji Noor (Proksi Musa Aman) namun Datuk Yahya Hussin juga dicadangkan oleh para penyokong Musa sejajar dengan kedudukannya yang paling terkanan iaitu sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah.
Jadi kemungkinan Pa'amin menjadi KM adalah sangat tipis. Sekiranya Pa'amin benar menjadi TYT, saya amat bangga, tetapi bersedih bagi suku iranun kerana nasib suku ini tetap sama kendatipun beliau menjadi TYT. Jadi perjuangan yang besar spt yang dimaksudkan beliau dan meminta masyarakat iranun bersabar adalah perjuangan poltik beliau sendiri...wasalam bersama kita fikirkan samada teori saya ini betul dan sekiranya betul kita bincangkan dan sekiranya salah kita abaikan..












6:53 PM

PA'AMIN TYT SABAH SELEPAS PRU 13

1. Politik sering disebut sebagai “seni kemungkinan” (Politics is the art of the possible). Apa yang tidak mungkin terjadi di dalam bidang lain, mungkin menjadi satu perkara atau amalan dalam seni politik.

5. Sesungguhnya, Pendekar Cahaya berpendirian bahawa politik itu adalah seni. Seni yang disaluti pelbagai kemungkinan.( dipetik daripada tulisan Pak'AMIN)

  Selepas membaca tulisan Pa'amin POLITIK ITU SENI banyak unsur-unsur yang tersirat dalam penulisan beliau yang menunjukan kematanganya dalam arena politik sabah sejak dulu dan  hingga kini. Pada pendapat saya beliau memberikan pandangan ini berdasarkan cerminan diri beliau sendiri berasaskan kejayaan yang beliau kecapi sekarang dan setrategi beliau bertahan dalam ranjau berpolitik sabah. Dan kemungkinan yang beliau maksudkan adalah beliau tidak akan bersara dari politik buat masa ini kerana beliau mempunyai agenda yang lebih besar iaitu TYT negeri Sabah. Pada masa ini beliau memegang jawatan sebagai yang dipertua .Kuasa beliau setakat dalam dewan dan menjadi tukang damai kepada menteri-menteri. Bukan senang menangani pambangkang seperti Karpal Singh, Lim Kit Siang kalau kurang iman boleh yang dipertua boleh naik tangan.!!! dan kalau beliau kekal lama disana mungkin beliau boleh kena angin ahmar jadi beliau akan mengatur strategi untuk kembali ke sabah. Jikalau beliau kembali ke sabah tanpa jawatan maka pandangan serong pengundi beliau akan wujud di mana beliau tidak diperlukan lagi dalam arena politik.demi mengelakkan keadaan beliau akan melobi jawatan TYT sebagai kemuncak karier politik beliau dan akhirnya menjadi TUN. Sekiranya beliau berniat bertanding dalam PRU 13 DUN Tempasuk, adalah keutamaan pada beliau, sudah pasti Hj Musbah tidak akan dicalonkan akan datang kerana ketua bahagian DSSK sudah bermasam muka denganya. Dan yang mendapat rahmatnya ialah Pak'amin sebab beliau adalah sekutu kuat DSSK dalam USBO dan arena politik Kota Belud.Tapi kemungkinan beliau akan bertanding di DUN Tempasuk adalah tipis kerana daripada jawatan Dipertua tak kan mahu turun setakat ahli DUN sahaja..tiada kelassslah..sekiranya beliau mahu bertanding juga sasaran baru beliau adalah Ketua Menteri  pula da itu juga adalah kemungkinan seperti beliau katakan.. bersama kita fikirkan. wassalam.

6:24 PM

ASREEMORO PEJUANG SULU TAPI PENGKHIANAT NEGARA MALAYSIA ?

Asree:
Apa pandangan Datu tentang Isu Sabah serta taburan harta-harta "karun" Kesultanan Sulu yang bertaburan di seluruh dunia?

Datu: 
Tentang Sabah, perbincangan tentang hal ini (tuntutan Sabah) adalah tidak relevan dalam masa kita perlu mengumpul tenaga mengembalikan kedaulatan Sultan dan Rakyatnya di Sulu. Saya kira buku kamu telah menjelaskan segala-galanya bukan? Apa yang penting sekarang perpaduan ummat Islam dengan menyokong kami di Sulu sehingga berjaya mentadbir sendiri, inilah yang lebih utama.


http://tausugglobal.blogspot.com.

Salam buat pembaca semua...


Setelah membaca laman blog  saudara asree, Jiwa saya sebagai anak Malaysia meluap-luap untuk memberikan pendapat terhadap beliau dan di kongsi bersama dengan warganegara Malaysia yang sayangkan Malaysia. Tanggapan pertama saya terhadap beliau setelah membaca biodata dan pengelibatan beliau pada gerakan kemerdekaan sulu , beliau sebagai pengkhianat Negara Malaysia. Sebab-sebab saya berkata demikian. 
1. Beliau adalah anak suluk kelahiran Sabah yang memegang MY Kad Negara Malaysia dan mendapat keistimewaan sebagai warganegara.
2. Menetap di semenanjung, mendapat pendidikan menengah rendah sehinggalah ke universiti dan berkerja di Malaysia dan mendapat keistimewaan sebagai penduduk bumiputera sabah dengan menggunakan sumber-sumber kerajaan Malaysia sepenuhnya.

Beliau terlibat secara langsung pada proses memerdekkaan SULU dan membantu untuk menjayakan perjuangan tausug di Kepulauan Sulu. Beliau secara terang-terangan mengaku dilantik sebagai wakil kerajaan Sulu yang akan dibentuk pada 2010. Persoalanya. Kenapa Asree begitu beria-ria hendak memerdekakan Sulu sedangkan beliau bukan warga negara FILIPINA beliau adalah warga negara MALAYSIA. Di mana jiwa dan ketaatn Asree sebagai warganegara MALAYSIA.
   Saya mencadangkan kepada saudara Asree gugurkan taraf warganegara Malaysia dan pohon suaka politik di Sabah untuk meneruskan perjuangan anda semoga berjaya. kenapa saya berkata demikian...?????
  Sejarah penyerahan sabah oleh kesultanan sulu kepada British telah diketahui dari generasi ke satu generasi, tetapi keturunan sultan sulu tidak dapat menerima hakikat ini sehinggalah sekarang waris sultan sulu masih mahu menuntut Sabah.Tapi sayangnya suara daripada keturunan sulu tidak mendapat reaksi dunia kerana mereka tidak diiktiraf oleh kerajaan Filipina.Jadi perjuangan ini hanya berlaku di sekitar kepulauan sulu dan dipandang sepi oleh masyarakat dunia. Mana mungkin Malaysia akan lepaskan Sabah kepada waris kesultanan sulu yang menuntut Sabah berpandukan sejarah lama.Kalau diikutkan sejarah lama yang menjadi bukti kepada tuntutan sesuatu negeri atau negara maka banyak negara didunia ini akan luput dari peta dunia.
sebagai contoh. Sarawak/sabah akan dituntut oleh brunai, sebahagian semenanjung tanah melayu akan dituntut oleh Thailand, Amerika Syarikat akan dituntut oleh British dan banyak lagi..
  Adalah satu perbuatan subversif yang menggugat keamanan negara apabila rakyatnya terlibat dalam perjuangan membebaskan negara lain yang hendak dibentuk. Dari segi hubungan antarabangsa antara Filipina dan Malaysia akan bertambah rengang kerana kerajaan Malaysia dengan sengaja membiarkan rakyatnya menggunakan sumber yang ada dalam negara berjuang menegakkan kerajaan SULU dan akhirnya nanti akan menuntut SABAH itu adalah Haknya..bukan itu pengkhianat Negara. itulah sebenarnya yang tersirat pada perjuangan keluarga sultan Sulu.sila baca dialog ASREE denga SULTAN MEREKA. isi yang tersirat adalah masih tidak releven menuntut sabah sekarang kerana mereka baru mengumpul kekuatan nanti akan tiba masa yang sesuai barulah sabah akan dituntut. 
   Kenapa KEMENTERIAN KESELAMATAN DALAM NEGERI tidak mengambil tindakan kepada rakyat Malaysia yang terlibat dalam perjuangan Kemerdekaan Sulu. ...adakah Malaysia mengiktiraf perjuangan ini dan memang berniat hendak melepaskan SABAH..???? ..Mana pemikir Malaysia ISIS lontarkan pandangan anda jangan asyik memkirkan negara lain tapi SABAH akan tergadai nanti. Kita harus belajar dari sejarah dimana  pulau kita jatuh ketangan Singapura kerana atas alasan kerajaan Malaysia tidak mengendahkan pulau tersebut . Sediakan payung sebelum hujan.. Bagi rakyat Suluk Sabah yang memegang My Kad hargailah taraf sebagai warganegara tanamkanlah sifat taat dan setia kepada Raja dan Negara Malaysia sebabnya anda warganegara Malaysia.Jangan terlibat pada perjuangangan ini sehingga memohon surat beranak UTC Sulu anda juga yang akan kerugian. Memang tidak dinafikan ramai saudara dan nenek moyang kalian di Sulu tetapi anda harus sedar anda adalah warganegara Malaysia jangan gadaikan keistimewaan anda di Malaysia dengan perjuangan yang belum pasti.
  Akhir sekali saya memohon maaf pada saudara ASREE dan yang terlibat dalam penulisan saya ini. yang mungkin ditimpa masalah akibat pandangan, yang saya lontarkan ini. kerana jiwa saya adalah jiwa anak MALAYSIA. I LOVE MALAYSIA,  MALAYSIA TRULY OF ASIA.


7:41 AM

ISA MASIH RELEVEN ?

Dalam arus ledakan multimedia abad ke 21 di negara ini pengguna internet saban tahun makin meningkat. Dan yang celik IT pun berlipat kali ganda, begitu juga pengguna blog, word press, facebook dan yang sewaktunya digunakan sepenuhnya untuk menyampaikan pandangan mengikut persepsi mereka masing-masing. Malangnya ada yang menggunakan laman-laman ini untuk menghentam terus ISA yang difikirkan tidak wajar dan amat Zalim. Cuba fikirkan sejenak.. zalimkah sesuatu undang-undang yang telah dipersetujui bersama oleh penggubal undang-undang yang bertujuan untuk mengekang unsur subersif yang boleh menggugat keamanan dan keharmonian negara. Bagi saya ISA masih releven dan tidak zalim, yang zalim adalah orang yang menyalahgunakan ISA jadi labelkanlah orang  tersebut zalim sama seperti gambar diatas. Saya menulis kenyataan di atas adalah kerana pada pandangan saya  bertlandaskan rasional yang akan saya bincangkan di sini. Rasional yang pertama adalah banyak negara-negara di dunia seperti Singapura, Amerika Syarikat dan negara lain masih menggunakan "ISA" untuk mengekang kegiatan yang boleh menggugat keselamatan negara yang memerlukan tindakan yang segera dan meredakan buat sementara/meneutralkan  waktu keadaan yang kelam kabut tersebut.Cuba kita lihat negara jiran Indonesia baru-baru ini, dimana rakyatnya seramai 50 orang{Kumpulan Bendera) bersenjatakan buluh runcing mengadakan sekatan jalan raya untuk mengusir/sapu(Sweeping) rakyat Malaysia , dijalan Dipenogoro kerana hal remeh-temeh tentang "Tarian Pendet" yang sudah pun dijelaskan kedudukan sebenar oleh kerajaan Malaysia tentang isu ini kepada Indonesia.Rakyat mereka bertindak sesuka hati tanpa dikenakan undang-undang. Ini boleh menimbulkan unsur subversif yang menggugat negara. Kerana saya sendiri merasa marah dengan keadaan ini kalau tidak difikirkan salah disisi undang-undang ,rakyat Malaysia pun akan bertindak perkara yang sama.Akhirnya hubungan Malaysia-Indonesia akan tegang dan timbul kekacaun dalam negara. Oleh kerana ketiadaan ISA di Indonesia rakyat bebas melakukan provokasi.Cuba bayangkan kalau rakyat Malaysia melakukan sweeping kepada rakyat Indonesia.di negara ini. apa akan berlaku..? tapi perkara ini tidak akan berlaku sepert yang dinyatakan oleh Tun Mahathir baru-baru ini. kerana bagi saya adanya  ISA..jadi relevenkah ISA???.
   Kedua ISA boleh digunakan kepada mana-mana individu yang sukar ditangani oleh mahkamah kerana ketidak cukupan bukti untuk beliau disabitkan kesalahan kerana pengaruh dan kekayaanya digunakan untuk menyediakan peguam-peguam yang hebat dan menyogok saksi-saksi serta melakukan ancaman kepada saksi sedangkan beliau boleh mengugat keamaan dan kestabilan negara. Mereka terdiri daripada pengedar Dadah/kongsi gelap.Sebagai bukti semasa pemerintahan Britsih di Hongkong kongsi-kongsi gelap bermaharaja lela polis terpaksa tangkap dan lepas dan naik mahkamah pun tetap menang kerana kekurangan bukti sedangkan terang-terangan mereka adalah kongsi gelap yang dikehendaki mengatur segala kegiatan berunsur jenayah.Jadi apabila in berlaku di negara ini ISA yang akan meneutralkan keadaan ini .. Jadi relevenkah ISA.
  Ketiga.. ISA boleh meneutralkan demonstrasi jalanan yang melampu yang boleh melumpuhkan ekonomi negara. Seperti yang berlaku di negara jiran Thailand di mana penyokong Thaksin yang digulingkan bertempur dengan penyokong kerajaan dan menawan pula lapangan terbang sehingga pelancong terkandas. Apakah implikasi yang terjadi kepada situasi ini. Ekonomi kerajaan Thailand lumpuh dan ramai pula rakyatnya datang ke Malaysia mencari perkerjaan.. Rakyatny sentiasa bergaduh akibat fahaman politik yang berbeza, andai kata situasi ini berlaku di Malaysia di mana penyokong kerajaan dan pembangkang bergaduh besar siapa yang untung???.Silap-silap haribulan kita terpaksa jadi PATI di negara lain kerana tiadanya ketenteraman di Malaysia.jadi relevenkah ISA..
Tidak dapat dinafikan ISA telah digunakan kepada individu-individu tertentu dan akibatnya ISA telah diselar dengan teruk kerana bertindak kejam. Sekali lagi saya tegaskan ISA tidak kejam yang kejam adalah orang yang menggunakan dan menyalahgunakan kuasa ISA demi kepentingan mereka. Oleh yang demikian pindaan-pindaan akta ISA adalah perlu untuk menangani penyalahgunaan kuasa oleh individu tertentu. Kesimpulanya sayangilah Negara Kita, jalankanlah tugas anda sebagai rakyat Malaysia  secara berhemah untuk mengekalkan keharmonian dan kesenangan yang kita kecapi selama ini, yang tidak pernah dikecapi oleh sebilangan rakyat di negara-negara lain  di dunia sekarang. Jadi fikir-fikirkanlah demi kebaikan semua dan negara..I LOVE MALAYSIA .


3:42 PM

SAYA AKAN UNDI PKR SEKIRANYA.......?????

"bekas Presiden Taiwan, Chen Shui-bian dipenjara seumur hidup semalam selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah. Mahkamah Daerah Taipei mensabitkan presiden selama dua penggal itu dengan kesalahan rasuah dan sebilangan dakwaan lain, menamatkan kes berprofil tinggi yang dibuka hampir tiga tahun lalu serta turut membabitkan isteri Chen serta sebilangan anggota keluarga serta pembantunya. Chen didakwa menggelapkan sejumlah T$104 juta (RM11.1 juta) dari sebuah dana khas pejabat presiden, menerima rasuah sebanyak T$9 juta (RM963,853) berkaitan dengan perjanjian pemilikan tanah dan mendapatkan sejumlah T$2.73 juta (RM292,368) lagi sebagai balasan kerana membantu seorang kontraktor memenangi bidaan dalam satu projek kerajaan".
Saya akan mengundi Pakatan Rakyat(PKR, PAS, dan DAP) pada PRU ke-13 sekiranya mereka berjanji dan memasukkan dalam manifesto mereka 3 perkara tersebut dalam kempen pilihanraya nanti.
1. Menggubal undang-undang mengenakan hukuman penjara seumur hidup kepada menteri dan kakitangan kerajaan yang mengambil rasuah.Seperti yang dilaksanakan di Taiwan.
2. Menjadikan Mahkamah dan SPRM "Independent" tanpa kawalan daripada kerajaan sama seperti yang diamalkan di Amerika Syarikat. Dan mana-mana pengamal undang-undang dan petugas SPRM menyalahgunakan kuasa harus dipenjarakan seumur hidup dan disebat 100 kali
3. Hanya membenarkan 2 penggal bagi jawatan Perdan Menteri serta ketua Menteri/Menteri Besar.

Rasionalnya 3 perkara saya nyatakan diatas. 
Perkara 1. Ini akan menyebabkan orang yang bercita-cita menjadi YB dan berkerja dalam perkhidmatan awam akan lebih komitmen dalam kerjaya dan tidak akan berni mengambil rasuah. Jadi orang nak berebut-rebut mahu jadi YB yang bermotifkan nak kaya cepat akan memadamkan hasrat tersebut kuranglah perebutan nanti.
Perkara 2. Apabila Mahkamah(Perundangan Malaysia) dan SPRM berkecuali atau independent daripada kawalan kerajaan peluang orang yang hendak ambil rasuah akan berada dibawah paras yang amat minima. Apakan tidak kalau di Amerika bekas Presiden Syarikat George Bush boleh di seret ke Mahkamah 
(Amerika Syarikat satu kuasa Besar Dunia )
Perkara 3. Supaya Perdana Menteri, Ketua Menteri dan Menteri Besar tidak dapat membina rangkaian kronisme dan memberikan peluang kepada orang lain.kalau mahu jadi PM,KM dan MB lagi kena tunggu dua tahun lagi. jadi ada peluang muhasabah diri.

Sekiranya 3 perkara ini tidak dimasukkan pada janji dan manifesto Pakatan Rakyat saya tidak akan mengundi Pakatan Rakyat . Ini adalah kerana sepanjang kempen pilihanraya dan bukan pilihanraya dan termasuk dalam penulisan blog-blog, mereka menghentam Barisan Nasional tanpa henti dengan pendedahan rasuah, kronisme, penyalahgunaan kuasa, menyelar SPRM dan isu-isu peribadi pemimpin politik . Daripada kesungguhan pakatan rakyat membenteras semua gejala dan kepincangan ini saya mendambakan semua ini terlaksana. Sekiranya perkara yang saya usulkan ini tidak dijanjikan oleh pakatan rakyat bererti ada kecenderungan mereka untuk melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan oleh kerajaan yang memerintah sekarang seperti mereka war-warkan. Jadi dikira 2 kali lima saja..lah.  Untuk pengundi fikirkanlah perkara ini bila mengundi nanti...