7:01 AM

TUGAS-TUGAS PA"AMIN

Yang di-Pertua Dewan Rakyat boleh dipilih dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat ataupun bukan dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat tetapi mempunyai kelayakan untuk dipilih menjadi Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Walau bagaimanapun, Timbalan Yang di-Pertua mestilah juga seorang ahli Parlimen (MP).

Fungsi-fungsi Yang di-Pertua ialah:-

  • bertanggung jawab mengawasi perjalanan mesyuarat supaya berjalan dengan licin
  • memastikan perbahasan ada berkaitan dengan perkara yang dibahaskan
  • membuat keputusan mengenai Peraturan-peraturan Mesyuarat sekiranya berlaku perbalahan
  • mengesahkan bil-bil perbelanjaan/kewangan sebelum bil-bil tersebut dibawa ke dalam Dewan Rakyat
Yang di-Pertua Dewan Rakyat hendaklah meletak jawatan setelah menulis surat menyatakan sedemikian kepada Setiausaha Dewan Rakyat, dan hendaklah mengosongkan jawatan tersebut sekiranya:-
  • Dewan Rakyat mula bersidang selepas pilihan raya
  • berhenti menjadi ahli Dewan Rakyat jika beliau ahli Dewan yang dipilih
  • beliau menjadi calon pilihan raya ke Dewan Rakyat atau jika hilang kelayakan menurut undang-undang

Bila Yang di-Pertua tidak hadir, Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan persidangan.

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mestilah meletak jawatan sebagai ADUN sekiranya beliau ingin menjawat jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat sekarang ialah YB TAN SRI DATUK SERI UTAMA PANDIKAR AMIN BIN HAJI MULIA (tempoh 28 April 2008 hingga kini).


Di sini saya senaraikan tugas yang dipertua dewan rakyat sebagai menjawab kiritikan terhadap saya yang mengatakan bahawa saya tidak tahu apa-apa tentang tugas yang di pertua dewan rakyat. Sekali lagi saya tegaskan memang tugas sebagai yang dipertua bukanya senang seperti yang di sangka apatah lagi ketua pembangkang Anwar Ibrahim , karpal, lim kit siang bukan calang-calang orang pa' amin pun naik pening mengurus 3 orang ini. Kemungkinan Pa' amin akan lari daripada jawatan ini adalah besar berpandukan teori yang saya berikan sebelum ini. Sasaran TYT oleh pa'amin adalah peluang terbesar beliau berbanding KM kerana KM sedang diintai oleh Shafie atau PROKSInya dan Datuk Hajiji Haji Noor (Proksi Musa Aman) namun Datuk Yahya Hussin juga dicadangkan oleh para penyokong Musa sejajar dengan kedudukannya yang paling terkanan iaitu sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah.
Jadi kemungkinan Pa'amin menjadi KM adalah sangat tipis. Sekiranya Pa'amin benar menjadi TYT, saya amat bangga, tetapi bersedih bagi suku iranun kerana nasib suku ini tetap sama kendatipun beliau menjadi TYT. Jadi perjuangan yang besar spt yang dimaksudkan beliau dan meminta masyarakat iranun bersabar adalah perjuangan poltik beliau sendiri...wasalam bersama kita fikirkan samada teori saya ini betul dan sekiranya betul kita bincangkan dan sekiranya salah kita abaikan..












2 comments:

BELUM PENDEKAR said...

Tahniah Saudara Mambangtiora, dengan bantuan teknologi maklumat maka Saudara telah berjaya mencari dan membuktikan bahawa saudara tahu tugas-tugas YPDR. Cumanya, saya tidak nampak dalam senarai tugas tersebut ditulis bahawa Yang DiPertua bertanggungjawab semata-mata untuk menyelesaikan pergaduhan/perbalahan ahli-ahli MP yang bertelagah seperti dalam posting saudara terdahulu. Sebelum ini, saudara seolah-olah menyatakan dan ingin memberitahu orang ramai bahawa tugas YPDR hanya lah untuk menyelesaikan pertelagahan antara MP dan tidak lebih daripada itu. Dan,... saya ulangi... dan... perkara tersebut ternyata bukan begitu penjelasannya dan ini "misleading".. sebab itu saya kata saudara tidak tahu apa-apa mengenai tugas YPDR. Nah, setelah membuat rujukan barulah saudara tahu bahawa tugas YPDR bukannya seperti yang saudara sangkakan. Jadi jelas, saudara ada niat untuk memperlekehkan bukan?..

2. Soal lari kerana DSAI,LKS, KS dan sebagainya... ini lagi suatu perkara yang saudara perlu semak... setahu saya, TSP tidak pernah gentar dengan semua individu ini dan beliau berjaya menjalankan tugas dengan baik. Kerana kerajaan tahu kebijaksanaan dan kepandaian beliaulah maka beliau diberi kepercayaan untuk berhadapan dengan mereka ini yang saudara kagumi. Kalau semua pembangkang ini mcm mereka pun, TSP tidak takut saudara. TSP orang Irranun, dan Irranun telah terbukti keberaniannya.. Kalau saudara Irranun penakut tidak tahulah pulak. Dan, Tidak tahulah juga mcm mana kalau saudara jadi YPDR.. mungkin, memang sudah lama saudara lari kerana saudara tidak setanding dengan kewibawaan mereka itu dan kerana saudar penakut. Tapi, TSP tidak akan sekali-kali berganjak dalam pertembungan sedemikian.. sebabnya, beliau setanding dengan kebijaksanaan tokoh pujaan saudara tersebut malah lebih baik lagi. Dulu, masa TSP jadi menteri persekutuan pun, pembangkang pernah keluar dewan kerana tidak tahan dengan bidasan beliau. Saya bangga, orang saya lebih baik kualitinya dari tokoh saudara ini. Yang jelas, pembangkanglah yang selalu keluar dewan kerana tak dapat nak mempengaruhi TSP..

3. Orang irranun malang kalau TSP jadi TYT... hanya orang spt saudara yang berfikiran sedemikian. Itupun, mungkin hanya beberapa kerat saja. Kalau benar orang kita akan beruntung kalau TSP atau DSSK bukan Ketua Menteri atau TYT, nah.. Saya nak tanya, sekarang Musa Aman ketua Menteri dan bukan TSP atau DSSK, adakah orang Irranun atau bajau beruntung?.. Jawapan saudara mungkin, begini, tiada sebab Musa Aman bukan orang Irranun atau bajau... nah, jadi?.. kalau orang lain buat tidak kisah dengan bangsa kita saudara tidak peduli, tapi kalau orang sendiri yang belum lagi pun pegang jawatan tersebut, saudara hentam bukan main. Apa ni?.. Saya berani bertaruh dengan saudara, kalau ditakdirkan TSP atau DSSK jadi Ketua Menteri, orang Bajau dan Irranun lah yang pertama akan mendapat faedahnya. Tapi, tidak tahulah kalau saudara secara senyap sekarang ini mendapat manfaat dari Musa Aman yang bukan orang Irranun sebagai Ketua Menteri. Saya tak berani meneka..

mambangtiora said...

Salam buat belum pendekar..

terima kasih atas komen saudara..

ulasan saudara tentang tugas YDPR pun saudara tahu, apabila kita singkatkan ialah "menjadi tukang damai" bersesuaian kerana tanpa kuasa meluluskan apa-apa jua peruntukan untuk orang KB.

Pandangan politik saudara lebih tertumpu pada sesuatu kaum atau ras dan sehingga kini menjadi trademark BN. Identiti ras Menurut The New International Webster's Comprehensive Dictionary of the English Language, ras (race) ditakrifkan sebagai: "One of the major subdivisions of mankind, regarded as having a common origin and exhibiting a relatively constant set of physical traits.

On the basis of the more commonly used criteria such as stature, the cephalic index, the nasal index, prognathism, skull capacity, texture of the hair, degree of pilosity, color of the skin, and hair and eye color, mankind has been divided into primary stocks or races, each of which is regarded as including a varying number of ethnic groups.

According to some, the primary stocks are the Caucasoid, the Mongoloid, and the Negroid." Terjemahannya, ras ditakrifkan "salah satu pembahagian utama kumpulan manusia, dianggap sebagai mempunyai asal sepunya dan memperlihatkan satu set ciri-ciri fizikal yang kekal secara relatif.

Tidak boleh kah iranun memimpin baju dan dusun atau sebaliknya.Bagi saya apa juga suku yang menjadi wakil rakyat tidak kira suku atau ras dari mana mana di atas tidak penting ,yang penting dia tahu menjalankan tugas tanpa ada berat sebelah atau condong kepad kaumnya.Ini adalah kerana kita adalah rakyat malaysia dan wajib memberikan peluang sama rata pada semua kaum.saudara harus faham bahawa pemikiran condong kepada sesuatu rasa adalah dasar british iaitu Dasar pecah dan perintah (divide and rule) yang diamalkan oleh penjajah Inggeris.Jadi ingatan saya kepada masyarakat kb dan juga saudara belum pendekar janganlah amalkan konsep ini kerana ia mewujudkan
perpecahan. Jadi kesimpulanya jikalau TSP tidak mampu memberi peluang/perubahan kepada masyarakat iranun dari segi ekonomi,politik dan sosial apatah lagi kepada kaum lain atau lebih tepat peluang sama rata...

wassalam