6:53 PM

PA'AMIN TYT SABAH SELEPAS PRU 13

1. Politik sering disebut sebagai “seni kemungkinan” (Politics is the art of the possible). Apa yang tidak mungkin terjadi di dalam bidang lain, mungkin menjadi satu perkara atau amalan dalam seni politik.

5. Sesungguhnya, Pendekar Cahaya berpendirian bahawa politik itu adalah seni. Seni yang disaluti pelbagai kemungkinan.( dipetik daripada tulisan Pak'AMIN)

  Selepas membaca tulisan Pa'amin POLITIK ITU SENI banyak unsur-unsur yang tersirat dalam penulisan beliau yang menunjukan kematanganya dalam arena politik sabah sejak dulu dan  hingga kini. Pada pendapat saya beliau memberikan pandangan ini berdasarkan cerminan diri beliau sendiri berasaskan kejayaan yang beliau kecapi sekarang dan setrategi beliau bertahan dalam ranjau berpolitik sabah. Dan kemungkinan yang beliau maksudkan adalah beliau tidak akan bersara dari politik buat masa ini kerana beliau mempunyai agenda yang lebih besar iaitu TYT negeri Sabah. Pada masa ini beliau memegang jawatan sebagai yang dipertua .Kuasa beliau setakat dalam dewan dan menjadi tukang damai kepada menteri-menteri. Bukan senang menangani pambangkang seperti Karpal Singh, Lim Kit Siang kalau kurang iman boleh yang dipertua boleh naik tangan.!!! dan kalau beliau kekal lama disana mungkin beliau boleh kena angin ahmar jadi beliau akan mengatur strategi untuk kembali ke sabah. Jikalau beliau kembali ke sabah tanpa jawatan maka pandangan serong pengundi beliau akan wujud di mana beliau tidak diperlukan lagi dalam arena politik.demi mengelakkan keadaan beliau akan melobi jawatan TYT sebagai kemuncak karier politik beliau dan akhirnya menjadi TUN. Sekiranya beliau berniat bertanding dalam PRU 13 DUN Tempasuk, adalah keutamaan pada beliau, sudah pasti Hj Musbah tidak akan dicalonkan akan datang kerana ketua bahagian DSSK sudah bermasam muka denganya. Dan yang mendapat rahmatnya ialah Pak'amin sebab beliau adalah sekutu kuat DSSK dalam USBO dan arena politik Kota Belud.Tapi kemungkinan beliau akan bertanding di DUN Tempasuk adalah tipis kerana daripada jawatan Dipertua tak kan mahu turun setakat ahli DUN sahaja..tiada kelassslah..sekiranya beliau mahu bertanding juga sasaran baru beliau adalah Ketua Menteri  pula da itu juga adalah kemungkinan seperti beliau katakan.. bersama kita fikirkan. wassalam.

4 comments:

Anonymous said...

Saudara Mambangtiora,

1. Tersenyum saya membaca ulasan politik saudara ni. Nampak sangat yang saudara ini tidak arif dan tidak tahu membaca keadaan. Pertamanya, belum pernah saya dengar dalam sejarah mana-mana negeri yang ada TYT seperti Melaka, PP, Sarawak mahupun Sabah melantik seseorang menjadi TYT hanya kerana orang itu "melobi" untuk jawatan tersebut. Hampir kesemua TYT yang dilantik adalah atas nasihat Ketua Menteri. Dan, bukankah saudara juga yang mengatakan bahawa Pa'amin tak sebulu dengan Musa Aman. Jadi, macammanalah agaknya Musa nak mencalonkan nama Pa'amin ke jawatan tersebut..

2. Kedua, saudara menyebut mengenai kuasa Speaker yang kononnya dalam dewan saja dan tugasnya adalah untuk mendamaikan wakil parlimen yang bertelagah. Hahahahaha... sejak bila pulaklah tugas seorang Speaker menjadi sedemikian rupa... Untuk makluman saudara, tanggapan sedemikian rupa hanyalah tanggapan dari orang yang memang tidak mengerti apa-apa mengenai Sistem Pentadbiran negara. Jadi saya sarankan saudara membuat semakan kerana buruk benar rupanya seorang yang kuat menghentam pemimpin sendiri mcm saudara ni tetapi ternyata tidak tahu apa-apa. hahahahahaha.... sakit perut saya bila teringat kefahaman saudara tentang bidang kuasa dan tugas Speaker... Kesian sungguh...

3. Tapi, kalaupun suatu hari nanti Pa'amin dilantik menjadi TYT, apa salahnya. Bukankah beliau layak?. Nak ambik saudara jadi TYT sudah tentu tak boleh kan?.. Kelayakan tak cukup. Lagipun, kalau Pa'amin jadi TYT bukan kah suku kita tumpang bangga?.. sebab bangsa kita diiktiraf dan diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan tertinggi negeri tsbt.

4. Jadi, kalaupun nak buat andaian politik.. biar berasas saudara...

tkasih.

mambangtiora said...

salam buat saudara...

itulah dinamakan kemungkinan seperti tsp selalu katakan. dalam dunia politik saudara, tiada yang tidak boleh, janji lobi kuat dan kroni sentiasa ada di belakang kita...itulah politik UMNO sentiasa bergaduh sesama sendiri yang akhirnya menguntungkan orang lain demi untuk mengekalkan kuasa pada diri masing-masing.. saudara mudah lupa..ingat kah saudara pada AKAR siapa yang menubuhkannya..bukan kah suku dusun yang menubuhkanya.tapi akhirnya siapa yang menguasai AKAR..bukan kah TSP suku iranun..begitu licik percaturan TSP menguasai AKAR tapi akhirnya berkubur begitu saja yang menjadi tinggalan sekarang ialah OSTRICH LODGE( Dulu pejabat AKAR)...jadi kemungkinan sasara TSP adalah TYT itu memang nyata.
Selalu orang yang tiada keyakinan untuk mengantikan orang lain dalam sesuatu jawatan adalah orang yang berjiwa kecil dan layak menjadi uripen TSP saja..bak kata pepetah yang hilang akan berganti..

saya menghargai komen saudara, kerana setiap komen kemungkinan ada benar dan salah itu sentiasa ada..pandai-pandailah saudara menimbang secara empati..selamat hari raya maaf zahir batin

Anonymous said...

kalau TSP jadi TYT, makadakel den aki a kroni yan pembaloy aa mangadatu...DSP Masbok, DSP Barur, DSP Jefri Omar, DSP Panayaman, DSP Perdan....hahaha

Anonymous said...

betul juga...mungkin si rengit pun dapat tan sri...