5:12 AM

Jawapan Muhyiddin Tepat..???

"AYAM MENANG KAMPUNG TERGADAI"

Setelah sekian lama saya mengikuti suasana politik Malaysia sejak kemenangan besar pembangkang pada PRU12..dimana serangan bertubi2 daripada PKR, DAP dan PAS berkaitan rasuah, penyalahgunaan kuasa ahli politik UMNO membuka pekung yang selama ini tersembunyi rapi..syukurlah rakyat mula bijak memilih pemimpin..dan pemimpin yang dipilih pula terpaksa berusaha keras berbuat baik sehabis boleh demi menjaga reputasi dan yang untung adalah rakyat... walaubagaimanapun serangan yang berkaitan keistimewaan bumiputra yang selama ini dipertahankan oleh UMNO.. saya sokong penuh berdasarkan sejarah awal ketuanan Melayu. Di lain situasi pula, Saya secara jujur, menyokong penuh kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila diajukan sama ada beliau adalah Melayu atau orang Malaysia dan jawapan beliau adalah" Melayu"..syabas ... "jawapan yang berjiwa melayu". Kalaulah orang melayu sendiri tidak mengaku mereka adalah Melayu dan mereka mengaku pula sebagai orang Malaysia..merekalah yang kerugian..maka pupuslahlah melayu..Hang Tuah, jikalau masih hidup pasti menangis sayu dan terpaksa pula menarik balik kata-katanya"Takkan Melayu Hilang Didunia". Pernahkah orang Melayu terfikir persengketaan dikalangan mereka kerana berlainan fahaman politik sehinggakan sebilangan mereka sanggup mengadaikan keistimewaan mereka, akan mendatangkan musibah kepada bangsa melayu. Orang melayu mudah lupa sejarah..memang orang melayu orangnya mudah bertoleransi dengan semua kaum demi keamanan dan perpaduan. Orang melayu mudah mengalah demi keharmonian bersama.. Tapi pernahkah orang melayu terfikir kaum lain akan mengalah dan bertoleransi kepada orang melayu dan sanggup berkorban demi perpaduan atas nama orang Malaysia. Sanggupkah kaum Cina (Lim Kit Siang) dan kaum India dan kaum lain menukar kaum mereka menjadi orang Malaysia..sanggupkah mereka menukar nama mereka kepada sebutan bahasa Malaysia Ah Chong menjadi Ahmad sama seperti di Indonesia." Di Indonesia nama Cina dan India tidak dibenarkan kerana demi bangsa Indonesia". Dan sanggupkah orang Cina dan India menutup sekolah jenis kebangsaan dan mewujudkan sekolah Wawasan (semua kaum dalam satu sekolah yang sama) . Sanggupkah orang Cina dan India hanya menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar dan pertuturan harian di Malaysia(sama di Indonesia..bahasa lain tidak dibenarkan termasuk di sign board dan lain2).... Saya amat sedih apabila DAP menyerang UMNO berkaitan dengan keistimewaan orang melayu dan sebilangan orang melayu seolah-olah merestuinya..
Wahai orang melayu sedarlah bahawa kamu diambang kerugian jikalau kamu sentiasa menyokong keistimewaan kamu, akan dihapuskan samalah kamu cuba memecahkan periuk nasi kamu..Janganlah kerana sengketa politik yang berlainan kamu sanggup mengadai maruah. Mana-mana yang ahli politik yang tidak jujur.. singkirkan dan yang baik kekalkan..bukan semua ahli politik PKR itu baik dan bukan semua ahli politik UMNO itu jahat.. fkirkanlah demi bangsa Melayu..Jangan sampai" ayam menang kampung tergadai".. wasalam..