3:42 PM

SAYA AKAN UNDI PKR SEKIRANYA.......?????

"bekas Presiden Taiwan, Chen Shui-bian dipenjara seumur hidup semalam selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah. Mahkamah Daerah Taipei mensabitkan presiden selama dua penggal itu dengan kesalahan rasuah dan sebilangan dakwaan lain, menamatkan kes berprofil tinggi yang dibuka hampir tiga tahun lalu serta turut membabitkan isteri Chen serta sebilangan anggota keluarga serta pembantunya. Chen didakwa menggelapkan sejumlah T$104 juta (RM11.1 juta) dari sebuah dana khas pejabat presiden, menerima rasuah sebanyak T$9 juta (RM963,853) berkaitan dengan perjanjian pemilikan tanah dan mendapatkan sejumlah T$2.73 juta (RM292,368) lagi sebagai balasan kerana membantu seorang kontraktor memenangi bidaan dalam satu projek kerajaan".
Saya akan mengundi Pakatan Rakyat(PKR, PAS, dan DAP) pada PRU ke-13 sekiranya mereka berjanji dan memasukkan dalam manifesto mereka 3 perkara tersebut dalam kempen pilihanraya nanti.
1. Menggubal undang-undang mengenakan hukuman penjara seumur hidup kepada menteri dan kakitangan kerajaan yang mengambil rasuah.Seperti yang dilaksanakan di Taiwan.
2. Menjadikan Mahkamah dan SPRM "Independent" tanpa kawalan daripada kerajaan sama seperti yang diamalkan di Amerika Syarikat. Dan mana-mana pengamal undang-undang dan petugas SPRM menyalahgunakan kuasa harus dipenjarakan seumur hidup dan disebat 100 kali
3. Hanya membenarkan 2 penggal bagi jawatan Perdan Menteri serta ketua Menteri/Menteri Besar.

Rasionalnya 3 perkara saya nyatakan diatas. 
Perkara 1. Ini akan menyebabkan orang yang bercita-cita menjadi YB dan berkerja dalam perkhidmatan awam akan lebih komitmen dalam kerjaya dan tidak akan berni mengambil rasuah. Jadi orang nak berebut-rebut mahu jadi YB yang bermotifkan nak kaya cepat akan memadamkan hasrat tersebut kuranglah perebutan nanti.
Perkara 2. Apabila Mahkamah(Perundangan Malaysia) dan SPRM berkecuali atau independent daripada kawalan kerajaan peluang orang yang hendak ambil rasuah akan berada dibawah paras yang amat minima. Apakan tidak kalau di Amerika bekas Presiden Syarikat George Bush boleh di seret ke Mahkamah 
(Amerika Syarikat satu kuasa Besar Dunia )
Perkara 3. Supaya Perdana Menteri, Ketua Menteri dan Menteri Besar tidak dapat membina rangkaian kronisme dan memberikan peluang kepada orang lain.kalau mahu jadi PM,KM dan MB lagi kena tunggu dua tahun lagi. jadi ada peluang muhasabah diri.

Sekiranya 3 perkara ini tidak dimasukkan pada janji dan manifesto Pakatan Rakyat saya tidak akan mengundi Pakatan Rakyat . Ini adalah kerana sepanjang kempen pilihanraya dan bukan pilihanraya dan termasuk dalam penulisan blog-blog, mereka menghentam Barisan Nasional tanpa henti dengan pendedahan rasuah, kronisme, penyalahgunaan kuasa, menyelar SPRM dan isu-isu peribadi pemimpin politik . Daripada kesungguhan pakatan rakyat membenteras semua gejala dan kepincangan ini saya mendambakan semua ini terlaksana. Sekiranya perkara yang saya usulkan ini tidak dijanjikan oleh pakatan rakyat bererti ada kecenderungan mereka untuk melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan oleh kerajaan yang memerintah sekarang seperti mereka war-warkan. Jadi dikira 2 kali lima saja..lah.  Untuk pengundi fikirkanlah perkara ini bila mengundi nanti...

0 comments: