5:02 PM

Formula 2:1:1 Penyelesaian Terbaik Politik Kota Belud

Formula 2:1:1 adalah satu kaedah yang pernah disarankan oleh TSP(Tan Sri Pandikar Amin Hj Mulia)bagi memberikan ruang kepada semua suku utama di Kota Belud untuk kesinambungan politik setiap suku demi keadilan dan kesamarataan. Formula 2:1:1 bermaksud 1 Parlimen dan 1 DUN untuk suku Bajau, 1 Dun untuk Dusun dan 1 DUN untuk Iranun...berbanding sekarang 1 Parlimen serta 2 DUN untuk Bajau dan 1 DUN untuk Dusun manakala 0 untuk suku Iranun....saya secara peribadi tidak dapat melihat keadilan dan kesamarataan kepada pembahagian ini di kawasan Kota Belud....Formula ini pernah dibangkitkan pada blog Sambal Belacan dan Kelapa Mawar dan mendapat pelbagai maklumbalas yang berjela-jela dan berlapik-lapik....dan maklumbalas yang agak keras menyatakan formula ini ditentang oleh Ketua Menteri Musa Aman...saya tidak pasti sejauhmana kebenarnya..Tujuan penulisan ini bukanlah mencari siapa yang tidak setuju dengan formula ini tetapi lebih kepada penekanan kepada keadilan dan kesamarataan kepada peluang suku iranun dalam arena politik di Kota Belud.
Apabila Formula ini dikemukakan pada peringkat awal dan hingga kini bermacam-macam bentuk penolakan secara halus daripada pemimpin hingga ke peringkat AJK bahagian Kota Belud.Bentuk penolakan menjurus kepada bahasa retorik dan berlapik-lapik kononya demi perpaduan dan keharmonian serta mengelakkan perpecahan antara Bajau dan Iranun di Kota Belud..yang lebih parah lagi kononya takut Bajau dan Iranun akan bergaduh, berdemo, rusuhan akan terjadi sekiranya formula ini dilaksanakan..lagipun kata mereka perkahwinan campur dan bersaudaraan kedua suku ini akan terjejas ..Kah..kah..kah(Saya pinjam dulu sekejap trademark Hisahmuddin Rais)...biasanya alasan begini berbentuk penolakan secara halus kerana tidak berani menyatakan pendirian atau mempunyai aras pemikiran yang cetek dan lemah.Bermula bulan ini pula ada pemimpin mencanangkan supaya sistem Kouta ini dikaji dengan alasan ia tidak releven lagi...maka pemimpin dan "orang kuat" politik Kota Belud mengguna pakai pendapat ini bagi menentang Formula 2:1:1...bijak kah alasan ini?...pernahkah pemimpin UMNO Kota Belud terfikir bahawa sistem Kouta ini kalau dihapuskan tentu tidak akan dipersetujui oleh MCA dan MIC serta GERAKAN....
Untuk perhatian pembaca yang berfikiran rasional dan tanpa adanya sentimen..mana yang lebih adil antara formula 2:1:1 berbanding 0 untuk suku iranun.?????saya bukan bertujuan melaga-lagakan suku Iranun dan Bajau serta mengalakkan sentimen perkauman..saya juga amat tidak bersetuju untuk mencapai tujuan ini dan suku iranun bermusuhan dan melakukan kekerasan...biarlah ia dicapai melalui rundingan pada peringkat tertinggi yang sedang diusahan oleh TSP...Formula ini wajib diambil berat oleh pemimpin UMNO...ini adalah kerana secara fakta melalui PRU 12 saluran 3 di kawasan suku iranun, sebahagian besarnya telah di menangi oleh PKR..unsur penolakan terhadap UMNO mula ketara pada golongan muda suku ini kerana pelbagai alasan dan sebahagianya berkaitan formula 2:1:1.....
Sekali lagi saya tegaskan adilkah suku Iranun mendapat O untuk DUN sementara Dusun 1 DUN dan Bajau 1 Parlimen dan 2 DUN...sama-samalah kita fikir-fikirkan secara waras tanpa adanya sentimen perkauman... Wassalam

2 comments:

Anonymous said...

Pertama sekali kita kena lihat formasi pengundi di KB, ini penting untuk memahami situasi sains politik yang digunapakai oleh UMNO. Selalunya golongan yang bilangan pengundinya kecil tidak akan mendapat perhatian 360 darjah oleh kepimpinan tinggi UMNO, maksudnya kalau kita dipandangpun hanya dengan sudut pandang yang kecil sahaja, kadang kadang kedudukan berada pada sudut blindspot. Ini sebenarnya lumrah manusia, bukan lumrah dalam UMNO semata mata. Banyak contoh diseluruh dunia yang kita lihat bahawa golongan minoriti tidak selalunya mendapat perhatian 360 darjah. Pun begitu bukan bermakna golongan minoriti itu dipinggirkan dari arus pembangunan kerana kita lihat sendiri tiada kaum yang betul betul dipinggirkan di Sabah atau di Malaysia amnya. Apapun jangan sampai terperangkap dengan situasi ini sehingga melatah seterusnya menjejaskan jatidiri. Bak kata pujangga "kehidupan tiada nilai dari segi makna kalau tiada kejujuran, kejujuran itu lebih tiinggi dari sekadar istilah iman kerana iman tidak hadir dalam diri seorang manusia yang tidak jujur"

Unknown said...

penyelesaian politik perlu mengundang semua pihak, penyelesaian dengan formula 2:1:1 kelihatannya cukup bagus, simak juga artikel di web saya www.goocap.com