6:07 PM

LESEN JUDI BOLA

Hapus lesen judi, bukan kaji

Posted on Monday, May 24 @ 08:38:15 PDT by paktam di (PETIK DARI DETIK DAILY)

Kerajaan perlu menghapuskan terus lesen perjudian bola untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung awal bulan depan, bukan sekadar mengkaji sahaja.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Mohd Ezli Mashut berkata, lesen judi itu perlu dihapuskan kerana mendapat bantahan bantahan keras dan meluas rakyat daripada pelbagai agama dan bangsa di seluruh negara.


“Kita menggesa agar kelulusan kebenaran lesen judi Piala Dunia 2010 dibatalkan, bukan dikaji. Sepatutnya kerajaan lebih faham dan maklum bahawa perjudian jelas bertentangan dengan syariat Islam serta ianya bukan budaya masyarakat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan akan meneliti reaksi masyarakat berhubung pemberian semula lesen menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 kepada Berjaya Group.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung sebelum ini dilaporkan berkata, Kementerian Kewangan memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan bola sepak pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010.

Bagaimanapun, pelbagai pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mahu kerajaan menarik balik kelulusan itu yang dikhuatiri mengundang gejala negatif dalam kalangan masyarakat.

Bersama-samalah kita masyarakat kota belud menerima hakikat bahawa bukan semua pemimpin UMNO itu suka lesen judi diluluskan. Mantan perdana menteri sendiri tidak setuju..jadi kenapa pula YB kota Belud beria-ia menyokong lesen judi ini...sedangkan rata-rata komen diblog kota belud tidak setuju untuk kelulusan judi bola ini..kecuali belum pendekar saja yang beria-ia menyokong YB kota belud tu. maaf kepada yang memberi komen pada posting saya ada YB Kota Belud Raja Judi Bola.. posting tersebut tidak dapat di selamatkan kerana adanya gangguan/serangan sedikit.

0 comments: