7:00 PM

Lagi Remaja Di Tembak Polis



Lagi Remaja ditembak polis dalam Kosmo 9 Mei 2010. Sudah 2 kejadian remaja ditembak polis dan seorang mengalami maut dan seorang cedera. Media dan ahli politik beria-ia mahu polis membuat siasatan dengan telus atas kesilapan ini.
Boleh dikatakan ahli politik pula menjadi hero membela remaja ini . Kesalahan ini diletakkan pada polis kerana menembak sesuka hati. Kalau dilihat sudut kemanusiaan memang sangat ganas dan bertindak sesuka hati. Dari segi undang-undang pula belum ada jawapan kerana sedang dibicarakan. Kasihaan Polis, sudahlah sibuk menegakkan undang-undang supaya rakyat Malaysia boleh tidur lena..akhirnya terpaksa berhadapan digantung tugas dan dibicarakan di Mahkamah. Secara peribadi saya berasa kasihan dengan pihak polis. Mereka bertugas demi negara dan sentiasa berhadapan dengan maut terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur.

Mereka berhadapan dengan perompak, gengster, kongsi gelap dan lain-lain yang bersenjata..malahan senjata mereka lebih baik daripada polis. Jaket kalis peluru pun tidak mencukupi bagi skuad ronda untuk seluruh negara(kalau di luar negara wajib para anggotanya memakai jaket kalis peluru)Bila-bila masa nyawa polis boleh melayang ditangan mereka....berapa orangkah polis yang maut di tangan penjenayah di highliht di surat khabar...dan berapa orang ahli politik tampil ke media membela keluarga polis yang maut ini..dan memastikan penjenayah ini ditangkap...Saya tidak mengatakan polis boleh menembak sesuka hati..tetapi saya merasa kasihan kepada polis yang bertugas bersungguh-sungguh dan bebas rasuah demi menyara keluarga serta tugas kepada negara dan masyarakat..Kejadian ini harus dijadikan iktibar kepada ibu bapa memantau kegiatan anak mereka..kenapa membenarkan anak-anak yang tiada lesen membawa kenderaan..bukan saja membahayakan nyawa anak mereka malahan membahayakan nyawa orang lain..dan pesan kepada anak-anak supaya tidak melarikan diri apabila ditahan polis...kalau salah bayar saman sajalah.

Kekadang polis tersilap atas tindakan agresif remaja yang cuba melarikan diri yang difikirkan penjenayah. Lucu pula rasanya bila teringat kata-kata seorang kawan" kenapa polis menembak dulu..sepatutnya kalau diorang ternampak orang itu bersenjata dan menembak dulu barulah tembak habis-habisan". Persoalanya mana lebih baik penjenayah yang mati atau Polis yang mati..? ..Tulisan ini bukan bertujuan menghina keluarga mangsa..dan saya memohon maaf sekiranya tulisan ini memberikan kesan kepada keluarga mangsa.... sebagai ibu bapa dan pihak polis bersama-samalah kita bermuhasabah diri ,di mana silapnya sehingga perkara ini berlaku dan pastikan tidak akan berlaku.

4 comments:

lim said...

Masyarakat perlu faham akan tugas polis yang sentiasa berdepan dengan pelbagai jenayah, tambahan pula kehadiran warga asing di negara kita semakin bertambah, pelbagai jenayah juga kerap berlaku. Siasatan perlu dijalankan dan kesalahan tidak hanya tertumpu kepada pihak polis sahaja kerana mangsa telah melakukan kesilapan dengan tidak memiliki lesen dan tidak menghiraukan arahan dari pihak polis sebelum pihak polis melepaskan tembakan, tambahan pula mangsa masih melarikan diri sejauh 1 km dari tempat kejadian. Memanglah nampak macam seorang penjenayah.

kong said...

Ini mungkin kes yang ke tiga pihak polis terpaksa melepaskan tembakan keatas mangsa kerana mangas tidak menghiraukan arahan polis. Satu contoh yang berlaku di Sandakan Sabah yang menyebabkan kematian seorang lelaki yang enggan memberhentikan kereta yang dipandunya hanya kerana memiliki lesen tamat tempoh sahaja. Ini yang tidak logik ni....

roxy said...

The police force should be aware that the guns or other fire arms should only be used when absolutely necessary. Perhaps not enough training are given or maybe some of the black sheep within the police force deliberately go against the rules. The necessary actions should be taken against those who took the wrong approach while on duty.

mambangtiora said...

salam kepada LIM,dan KONG..
terima kasih kerana memberi pendapat dalam blog ini.

Saudara ROXY.saya setuju dengan pendapat saudara penggunaan senjata api perlu digunakan apabila benar-benar mendesak.Latihan penggunaan senjata api perlu dipertingkatan kepada semua polis..

Posting ini bukan ditulis untuk cenderung kepada membela polis dan menyalahkan keluarga mangsa..polis pun manusia..apabila naluri mereka rasa terancam maka kawalan kepada penggunaan senjata api tidak dapat dielakkan..kerana ada beberapa sebab..pertama demi menyelamatkan diri dan maemastikan penjenayah yang diburu tidak akan terlepas begitu saja , yang boleh menggugat ketenteraman awam. Kadang-kadang perakara ini dipolitikkan menyebabkan ianya menjadi hangat.Dan berapa orang polis yang mati ditembak/dilanggar penjenayah dilaporkan disurat khabar..pihak polis seharusnya mendedahkan kehilangan/kematian anggota semasa bertugas untuk membuka mata masyarakat...dan untuk masyarakat..kenapa kita lari setengah mati dan merempuh road block kerana kesalahan kecil...ini boleh mengundang bahaya..ingat kita bukan penjenayah hingga perlu berkejar2 dengan polis pula...bayar sajalah saman kalau sudah salah.