6:07 PM

LESEN JUDI BOLA

Hapus lesen judi, bukan kaji

Posted on Monday, May 24 @ 08:38:15 PDT by paktam di (PETIK DARI DETIK DAILY)

Kerajaan perlu menghapuskan terus lesen perjudian bola untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung awal bulan depan, bukan sekadar mengkaji sahaja.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Mohd Ezli Mashut berkata, lesen judi itu perlu dihapuskan kerana mendapat bantahan bantahan keras dan meluas rakyat daripada pelbagai agama dan bangsa di seluruh negara.


“Kita menggesa agar kelulusan kebenaran lesen judi Piala Dunia 2010 dibatalkan, bukan dikaji. Sepatutnya kerajaan lebih faham dan maklum bahawa perjudian jelas bertentangan dengan syariat Islam serta ianya bukan budaya masyarakat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan akan meneliti reaksi masyarakat berhubung pemberian semula lesen menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 kepada Berjaya Group.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung sebelum ini dilaporkan berkata, Kementerian Kewangan memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan bola sepak pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010.

Bagaimanapun, pelbagai pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mahu kerajaan menarik balik kelulusan itu yang dikhuatiri mengundang gejala negatif dalam kalangan masyarakat.

Bersama-samalah kita masyarakat kota belud menerima hakikat bahawa bukan semua pemimpin UMNO itu suka lesen judi diluluskan. Mantan perdana menteri sendiri tidak setuju..jadi kenapa pula YB kota Belud beria-ia menyokong lesen judi ini...sedangkan rata-rata komen diblog kota belud tidak setuju untuk kelulusan judi bola ini..kecuali belum pendekar saja yang beria-ia menyokong YB kota belud tu. maaf kepada yang memberi komen pada posting saya ada YB Kota Belud Raja Judi Bola.. posting tersebut tidak dapat di selamatkan kerana adanya gangguan/serangan sedikit.

7:00 PM

Lagi Remaja Di Tembak Polis



Lagi Remaja ditembak polis dalam Kosmo 9 Mei 2010. Sudah 2 kejadian remaja ditembak polis dan seorang mengalami maut dan seorang cedera. Media dan ahli politik beria-ia mahu polis membuat siasatan dengan telus atas kesilapan ini.
Boleh dikatakan ahli politik pula menjadi hero membela remaja ini . Kesalahan ini diletakkan pada polis kerana menembak sesuka hati. Kalau dilihat sudut kemanusiaan memang sangat ganas dan bertindak sesuka hati. Dari segi undang-undang pula belum ada jawapan kerana sedang dibicarakan. Kasihaan Polis, sudahlah sibuk menegakkan undang-undang supaya rakyat Malaysia boleh tidur lena..akhirnya terpaksa berhadapan digantung tugas dan dibicarakan di Mahkamah. Secara peribadi saya berasa kasihan dengan pihak polis. Mereka bertugas demi negara dan sentiasa berhadapan dengan maut terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur.

Mereka berhadapan dengan perompak, gengster, kongsi gelap dan lain-lain yang bersenjata..malahan senjata mereka lebih baik daripada polis. Jaket kalis peluru pun tidak mencukupi bagi skuad ronda untuk seluruh negara(kalau di luar negara wajib para anggotanya memakai jaket kalis peluru)Bila-bila masa nyawa polis boleh melayang ditangan mereka....berapa orangkah polis yang maut di tangan penjenayah di highliht di surat khabar...dan berapa orang ahli politik tampil ke media membela keluarga polis yang maut ini..dan memastikan penjenayah ini ditangkap...Saya tidak mengatakan polis boleh menembak sesuka hati..tetapi saya merasa kasihan kepada polis yang bertugas bersungguh-sungguh dan bebas rasuah demi menyara keluarga serta tugas kepada negara dan masyarakat..Kejadian ini harus dijadikan iktibar kepada ibu bapa memantau kegiatan anak mereka..kenapa membenarkan anak-anak yang tiada lesen membawa kenderaan..bukan saja membahayakan nyawa anak mereka malahan membahayakan nyawa orang lain..dan pesan kepada anak-anak supaya tidak melarikan diri apabila ditahan polis...kalau salah bayar saman sajalah.

Kekadang polis tersilap atas tindakan agresif remaja yang cuba melarikan diri yang difikirkan penjenayah. Lucu pula rasanya bila teringat kata-kata seorang kawan" kenapa polis menembak dulu..sepatutnya kalau diorang ternampak orang itu bersenjata dan menembak dulu barulah tembak habis-habisan". Persoalanya mana lebih baik penjenayah yang mati atau Polis yang mati..? ..Tulisan ini bukan bertujuan menghina keluarga mangsa..dan saya memohon maaf sekiranya tulisan ini memberikan kesan kepada keluarga mangsa.... sebagai ibu bapa dan pihak polis bersama-samalah kita bermuhasabah diri ,di mana silapnya sehingga perkara ini berlaku dan pastikan tidak akan berlaku.