5:57 AM

LORI PASIR MENGGANAS DI RAMPAYAN LAUT

Bayangkan lori pasir 10 tan yang jumlahnya berpuluh buah merentasi jalan kg Rampaya Laut Kota Belud setiap hari mengangkut pasir yang menjadi khazanah alam Rampayan Laut dirompak begitu saja oleh peniaga yang tamakan kekayaan tanpa ambil peduli sentimen orang kampung yang begitu dahagakan pembangunan infrastruktur yang baik di Kampung ini. Sudah puluhan tahun orang-orang kampung menunggu jalan raya di kampung ini di tar sepenuhnya dan hajat itu termakbul selepas pihinraya ke 12.. tapi malangnya jalan ini rosak semula yang berdekatan kampung kayu putih akibat digasak oleh lori-lori yang rakus ini. Jalan yang begitu cantik menjadi berlubang-lubang, demi untuk megambil hati orang kampung. Peniaga pasir ini meratakan semula jalan ini dengan menimbus batu 3/4 ..tetapi orang kampung tidak mahukan keadaan ini. Oleh itu Peniaga pasir yang rakus ini harus mengaspal semula jalan yang rosak ini demi kebaikan orang kampung Rampayan Laut khasnya. Untuk pengetahuan orang kampung Rampaya laut Lori sepuluh tan tidak boleh masuk kampung mengikut undang-undang kerana jalan raya . Jalan aspal di kawasan kampung hanya sesuai untu lori di bawah 6 tan.Untuk mengharapakan jalan ini di tar semula menggunakan peruntukan kerajaan adalah amat mustahil kalaupun boleh ia akan mengambil masa berbelas tahun untuk di aspal semula.Kadang-kadang angkara peniaga pasir yang rakus rakyat menyalahkan kerajaan akibatnya yang dapat nama buruk adalah kerajaan Barisan Nasional. Di mohon ahli parlimen kota Belud sila pantau kawasan kampung ini.. pilihanraya ke 13 tidak lama lagi..RAKYAT DI UTAMAKAN. terimakasih.. pada pembaca sila berikan komen dan cadangan..

0 comments: