5:02 AM

Keluhan Mantan Menteri...

Dulu,
Masa aku jadi menteri
aku janji macam-macam
orang kampung percaya
janji manis ku..

Dulu masa aku jadi menteri
aku tidak tunaikan janji kepada orang kampung
mereka tidak marah, mereka masih percaya,
mereka melaung-laungkan kami masih percaya pada
yang berhormat..perjuangan yang belum selesai

Dulu
masa aku jadi menteri
semua orang kampung
bergantung hidup pada aku
kenduri kahwin ,bayar bil, kenduri arawah dan macam-macam lagi
semua menghadap aku..duiittt.YB..mereka masih taat..aku bangga

Dulu
Masa aku menteri aku disanjung
dan dilambung-lambung..
kemana saja aku pergi
akulah heroooooo...

Itu dulu...
sekarang semua orang mahu menyerang
mereka tidak ingatkah jasaku sebagai yang berhormat dulu,
rakyat muda lupa......
sebabnya aku bukan menteri lagiiiiiiiii..

2 comments:

palingberani said...

Assalamuwalaikum...watasikadi..

Sajak sdr nipenuh dgn sindiran dan pengajaran..saya teruja membacanya..

mambangtiora said...

terima kasih...paling berani .. bukan niat menyindir tapi hakikat bagi semua yang pernah berkuasa.. kerana dalam sejarah tiada tamadun yang kekal selepas seratus tahun..pasti akhirnya jatuh dan digantikan oleh tamadun lain..