9:51 PM

KEGAGALAN PA'AMIN MEMPERJUANGKAN 2:1:1

Jika Pa'amin benar-benar telus memperjuangkan pembahagian kawasan pilihanraya (3 DUN KOTA BELUD dan satu diperuntukan kepada masyarakat iranun di kenali sebagai DUN Pesisir pantai yang meliputi kawasan kg rampayan ulu, rampayan laut(kayu putih, tapokan, kilapi) Kg Tamau, Pantai Emas, Kotabungan, Tawadakan, Peladok) kenapa sampai sekarang ia tidak menjadi realiti.? Pa'amin mencanangkan kepada orang iranun yang 1 Dun Kota Belud iaitu Dun Pesisir menjadi mercu tanda kepada masyarakat iranun dan akan mempunyai DUN sendiri yang pada ketika itu masyarakat iranun menjadi penyokong kuat BN dan sudah pasti DUN ini akan sentiasa di menangi oleh BN(Ertinya DUN Tempasuk atau DUN Usukan diantara mana-mana dua ini akan dilupuskan selepas persempadanan semula untuk DUN Pesisir). Antara alasan kenapa diwujudkan DUN ini adalah kerana 2 DUN sedia ada dimonopoli oleh wakil rakyat dari suku bajau( Tempasuk dan Usukan) dan satu DUN untuk Dusun( Kadamaian) manakala 1 parlimen juga diwakili oleh Bajau (untuk lebih detail 3 kerusi 2 DUN 1 Parlimen untuk mewakili suku bajau dan 1 kerusi DUN dusun dan iranun tiada)dengan ini politik masyarakat iranun hanya sebagai pelengkap atau boleh diistilahkan sebagai' melukut tepi gantang'. Saya sangat bersetuju dengan cadangan ini sejak dahulu dan ingin melihat ia menjadi realiti tapi sayangnya sampai sekarang hanya mimpi. Faktor kewujudan idea ini adalah berdasarkan kebimbangan pucuk pimpinan melihat gelombang reformasi Anwar Ibrahim ketika zaman Tun Mahathir kepada orang-orang iranun yang condong kepada reformasi, maka benda ini diwar-warkan untu memenangi hati orang iranun kembali menyokong BN ,ternyata propaganda ini berjaya.. masyarakat iranun tertunggu-tunggu hingga kini tapi sayangnya dilupakan begitu saja oleh pucuk pimpinan BN termasuk Pa'amin mula kendur memperjuangan perkara ini.
Sebagai tanda protes masyarakat iranun kepada kegagalan Pa'amin memperjuangkannya .Masyarakat iranun mula bersuara pada PR12 dimana kebanyakan kawasan iranun BN kalah dan dan jikalau menang pun dengan majoriti tipis. Itu adalah sebagai tanda amaran kepada Pa'amin untuk mendesak pucuk pimpinan menilai semula cadangan ini. Jikalau Pa'amin takut karier politik beliau akan berkubur akibat tekanan daripada parti beliau anuti sekarang, beliau boleh menjadi Hang Jebat yang menderhaka, dan masyarakat iranun akan sentiasa berdiri dibelakang beliau. Dan beliau akan di sanjung sebagai warlord iranun yang terakhir dan nama beliau sentiasa harum dari generasi ke satu generasi atas keberanian beliau berjuang demi kepentingan masayarakat iranun walaupun mungkin beliau menjadi papa kedana akibat sentiasa diburu oleh SPRM kerana berpaling tadah. Tapi masyarakat iranun tidak akan melupakan jasa dan keberanian beliau, bah kata pepatah Harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama. Teringat lagi saya kata-kata hikmah arwah Datu Bandira Datu Alang " saya keluar UMNO ibaratkan saya meninggalkan kekayaan yang berjuta dan kuasa tanpa sempadan, dengan masuk PAS maka saya menjerumuskan diri kepada musibah yang dicipta oleh seterunya" dan beliau juga menyatakan " saya pernah menjadi fobia mendengar bunyi telefon yang saya sangkakan dari SPRM, saya pun tidak tahu kenapa SPRM suka menyiasat saya sedangkan saya tidak tahu apa kesalahan saya dan akhirnya saya menjadi lali dengan keadaan ini, sehinggakan pegawai yang memanggil saya mengatakan ini adalah sebagai memenuhi tugasnya spt yang diarahkan.. dan beliau menyatakan beliau tahu siapa dalangnya..tak perlulah saya nyatakan disini.. perjuangan beliau tetap menjadi ingatan kepada suku iranun hingga kini..al fatihah kepada beliau. beranikah TSP spt arwah Datu Bandira Datu Alang ????????

2 comments:

Kuda Berhias said...

Salam ziarah.
Muga impian mambangtiora tercapai. Baik juga kao orang yang melaksanakan impian kita, tak payah kita susah susah.

Pastikan mambangtiora juga benar benar berjuang ke arah itu seperti yg anda mahu. Jika tidak ianya hanya tinggal mimpi..

Selamat berjuang.

BELUM PENDEKAR said...

Salam sdra mambang..

1. Membaca tulisan sdra, saya jadi amat-amat keliru. Keliru kerana pada satu masa sdra menggambarkan bahawa TSP diharap dapat meletakkan suku Irranun ditempat yang sepatutnya. Sedangkan pada masa yang sama, TSP dikecam oleh suku bangsanya sendiri bahawa kononnya beiau sudah tidak releven dan sebagainya. Ironinya, sekiranya suku Irranun tidak mendapat peluang yang sewajarnya, maka itu kononnya adalah kegagalan TSP. Kenapa hanya TSP seorang yang dipersalahkan? kenapa orang lain tidak mahu bertanggungjawab?

2. Sdra, di dalam sistem politik khususnya di negara ini, faktor sokongan padu adalah amat penting selain kewibawaan seseorang pemimpin. Tidak guna ada pemimpin yang baik sekiranya pemimpin tersebut tidak mendapat sokongan padu pengikutnya. Dan, tanpa pemimpin yang berwibawa sokongan padu juga tidak akan kemana-mana. Lihat saja apa yang berlaku dizaman DR M dan Pak Lah. Semasa Dr M jadi PM keadaan amat sukar terutamanya di tahun-tahun 90-an. Namun berkat sokongan padu rakyat, beliau mampu membawa negara kita mengharungi cabaran tsbt. Sebaliknya, dizaman Pak Lah, sokongan padu yang asalnya begitu kuat hampir-hampir pupus kerana faktor kewibawaan beliau yang diragui oleh rakyat.

3. Bila saya menyebut perkara di atas, apa yang saya maksudkan ialah jika suku irranun benar-benar mahu memperjuangkan nasib bangsa mereka, maka mereka haruslah berdiri teguh dibelakang seorang pemimpin yang mereka fikir benar-benar berwibawa untuk memperjuangkan nasib mereka. Tidak semestinya TSP. Tapi ingat, kedua-dua elemen ini perlu ada iaitu, sokongan padu dan juga pemimpin berwibawa. Jika salah satu daripadanya tidak mematuhi apa yang sepatutnya maka perjuangan bangsa akan terjejas.

4. Secara jujur saya tanyakan kepada saudara, apakah kedudukan kedua-dua perkara yang saya sebutkan di atas dikalangan orang Irranun sekarang?.. Benarkah mereka bersatu teguh? atau benarkah pemimpin yang disokong itu cukup berwibawa khususnya untuk membawa isu mereka ke atas?.. atau, sekarang ini suku Irranun tiada pemimpin yang jelas? Saya fikir sdra thu jawapannya. Bukankah orang Irranun sekarang ini sedang berpecah-pecah dengan pemimpin dokongan mereka masing-masing?.. Tepuk dada tanyalah selera sdra.

5. Justeru, berjaya atau gagalnya gagasan 2:1:1 tidak boleh diletakkan dibahu TSP atau mana-mana pemimpin Irranun yang lain semata-mata, ianya adalah tjwb semua ahli suku Irranun itu sendiri.

6. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kita hanya mampu membawa kuda ke tepi sungai tapi terserahlah kepada kuda tersebut samada mahu minum air atau tidak. Kita tidak mampu memaksa.

Salam hormat.