3:02 PM

1 MALAYSIA

1 MALAYSIA yang sedang diwar-warkan tahun ini oleh PM Datuk Seri Najib adalah satu gagasan yang baik. Jangan asyik kita membangkang sesuatu lontaran pendapatan daripada sesuatu parti politik atau individu tanpa memikirkanya secara empati. Gagasan ini lebih menuju perpaduan..tapi yang tersirat itu saya tidak pasti sebab gagasan ini saya nak bincang berfokuskan perpaduan..kalau yang tersirat pula harus dilihat dari segi perspektif politik..jadi saya akan ulas dari perspektif perpaduan..1 MALAYSIA adalah satu gagasan yang baik berfokuskan perpaduan antara semua kaum , yang sekarang agak longgar kalau dilihat secara makro iaitu Negara MALAYSIA. Kalau dilihat secara mikro dengan skop yang kecil kejayaan 1 MALAYSIA sudah lama dinikmati oleh rakayat SABAH khususnya. Kenapa saya nyatakan demikian..??..Ini boleh dibuktikan pada sudut pendidikan(rendah atau menengah) hampir semua sekolah menengah di Sabah mempunyai murid berbilang kaum, ada cina, india, pakistan, melayu, bajau, iranun, kadazandusun, tidung, bajau laut, suluk, bugis, rungus, bidayuh, brunai, sungai, lundayeh dan banyak lagi suku di sabah.Tiada prasangka ibu bapa, menyekolahkan mereka di manan-mana sekolah kebangsaan di merata Sabah. Kita boleh nampak mana-mana pelajar dari pelbagai suku dan bangsa boleh makan bersama, belajar bersama, bermain bersama tanpa adanya sikap perkauman.Begitu juga dengan tenaga pendidik yang datang dari semenanjung yang pelbagai bangsa di sambut dengan tangan terbuka oleh guru-guru sabah, sehinggalah mereka memegang jawatan pengetua-pengetua di Sabah. Guru-guru sabah tidak merungut apa lagi membuat kenyataan-kenyataan perkauman( bolehkah ini berlaku di semenanjung khasnya dalam bidang pendidikan). Sehinggakan ramai guru atau perkerja agensi kerajaan terus menetap di Sabah hingga kini kerana merasa nikmatnya kejayaan 1 MALAYSIA di Sabah. Dalam bidang politik pula ,sewaktu pilihanraya sahaja adalah berlaku pertikaman lidah antara suku-suku kerana ada yang memainkan sentimen perkauman,..tetapi selepas pilihan raya mereka duduk makan dan minum semeja dan ketawa bersama walaupun berlainan fahaman parti politik...malahan orang dusun, cina, bajau, india dan iranun boleh bertutur bahasa, di antara mana-mana bahasa tersebut( bajau,cina,dusun dan iranun,) kalau di daerah Kota Belud . Malahan dengan PATI pun rakyat sabah boleh bergaul mesra.. lihatlah bagaimana ketelusan hati rakyat sabah kerana kesan daripada semangat perpaduan..Dari segi sudut agama pula persefahaman agama di kalangan rakyat sabah amat luar biasa... teringat saya semasa di alam persekolahan apabila tiba waktu ramadan.. ramai pelajar bukan islam terutamnya pelajar dusun ikut sama berpuasa untuk mencuba kata mereka...malah makan di kantin pun mereka malu-malu apabila pelajar islam ternampak..ini adalah kerana adanya sifat menghormati bulan kemuliaan ramadan.. sudah terbukti rakyat sabah perintis kejayaan perpaduan sebelum wujudnya 1 MALAYSIA... jadi diharapkan I Malaysia berjaya di negeri-negeri lain..
SABAH TANAH AIRKU yang amat ku sayangi...

2 comments:

kelapa mawar said...

satu penulisan yang menarik..teruskan pagari..

mambangtiora said...

terimakasih..